KORPORAT

DARUL HIJRAH MANAGEMENT (DHM) adalah sebuah syarikat perunding latihan dan motivasi bumiputera  yang didaftarkan  di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 Suruhanjaya Syarikat Malaysia  dengan nombor pendaftarannya adalah MA0164976-A.


Darul Hijrah Management atau lebih dikenali sebagai DHM ini diketuai oleh seorang Ketua Pengarahnya  yang memiliki pengalaman dan daya kreativiti yang tersendiri dalam bidang keagamaan dan motivasi iaitu USTAZ SULAIMAN BIN ISMAIL.


KEPAKARAN KAMI
Dengan mempunyai perunding (penceramah), jurulatih dan fasilitator yang berpengalaman luas dalam bidang ini kami yakin dapat membantu pihak sekolah, agensi atau organisasi dalam mencapai objektif untuk memiliki pelajar, pekerja atau ahli yang dinamik dan produktif.


Modul- modul kami merupakan modul tersendiri yang berkualiti dan dapat memberi impak secara langsung bagi memperkukuhkan kekuatan minda, menguatkan jatidiri, memantapkan kekuatan fizikal dan mengimbangkan aspek kerohanian dalam diri bagi mewujudkan generasi yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

MISI DAN VISI 
DHM bertekad untuk muncul sebagai sebuah syarikat perunding latihan dan motivasi yang profesional  dan berperanan dalam membina generasi yang cemerlang di dunia dan akhirat serta mampu bersaing selaras dengan arus perkembangan semasa.

OBJEKTIF DHM
1.  Menawarkan perkhidmatan profesional dan berkualiti bagi memenuhi
     keperluan pelanggan.
2.  Menjadi salah sebuah firma perunding berwibawa yang dikenali dan aktif
     dalam bidang latihan.
3.  Mendidik dan membentuk peserta kearah matlamat-matlamat positif.
4.  Untuk melahirkan pelajar yang unggul dari sudut pembelajaran, emosi dan
     spiritual dengan cara mengembangkan potensi keperibadian dan strategi
     kemahiran belajar.


“~~Kami di DHM  amat menitikberatkan tentang keberkesanan sesebuah program latihan agar segala objektif program akan tercapai bagi memenuhi kehendak pelanggan.~~”












No comments:

Post a Comment